PERJALANAN
Andai dunia tiada kata nista,caci dan cerca mungkin dunia akan aman bahkan tiada peperangan.Tetapi itu semua cuma satu angan semata ,bunyi dari dalm diri sendiri sudadh cukup perit,berkata untuk terus mengalah,terus diri bergelumang dengan diri yang lma,susah untuk maju kehadapan,PUTUS ASA!setiap bait kata yang ditutur sudah cukup untuk mempenagaruhi pilihan perjalnan hidup aku.Jelek memang jelek tapi diri ini terasa lelah,setiap saat untuk bertarung dengan diri sendiri.Ada tangan menggapai tapi acap kali aku cuba untuk leraikan,jauhkan semana yang mungkin.Cuba cuba dan cuba tetapi sering kali tewas di setiap persimpangan.Tangisan yang sering menemani cuba untuk mengingati diri tetapi ketawa dunia lebih indah di mata dan lebih bahagia.Persoalan demi persoalan aku cuba tujukan bertubi bertubi di akal,tetapi sering dicemari dengan jawapan yang sering meragukan.Cemburu melihat orang lain melangkah merangkak ke hadapan aku masih berdiri teguh tidak mengejar.Hati sering berbolak balik,bila sendirian aku lena bila berdua aku terjaga tetapi pabila lelah aku akan sambung untuk terus terbuai.Bersalah kerana mempermainkan cintannya tetapi mungkin hati sudah mula berdeu dan tidak bernyawa menyebabkan aku sering berkata tidak apa.Adakah aku mampu berdiri di penghujung jalan seperti dalam impiannku atau aku terus bernafas nikmat memalingkan muka berjalan ke permulaan?