Puisi ini sangat berkait dengan kehidupan kita sebagai manusia.Pelbagai kesimpulan boleh ditafsirkan ikut pandangan masing.Bagi saya puisi ini menggambarkan kekecewaan saya kerana tidak dihargai dan diabaikan.Bila dituju tidak sampai tujuannya.Bolehkah keihlasan saya ini dapat ditayangkan di akhirat kelak sebagai satu rahmat atau satu petanda?
Sajak diatas merupakan salah satu karya beliau yang cukup popular Dato' Usman Awang ( 12 Julai 1929 - 29 November 2001 ) ialah seorang Sasterawan Negara Malaysia . Terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant , beliau ialah seorang penyair dan ahli drama yang prolifik ketika hayatnya. Usman Awang juga dikenali dengan nama Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., Zaini dan barangkali lain-lain lagi. Dalam tahun 1991, beliau telah dianugerahi Darjah Kebesaran Dato’ Paduka oleh Sultan Perak Darul Ridzuan yang membawa gelaran Dato’.