Kepada yang belum tahu, sekarang ni memang tengah fenomena novel 'Semusim Di Barzakh' ni, sehinggakan ia menjadi Novel Pilihan No 1 di MPH Bookstore selama 3 bulan berturut-turut! Malahan, menurut penulisnya Hadi Fayyadh, sehingga bulan Disember 2016; novel 'Semusim Di Barzakh' sudah pun mencatat jualan sebanyak 53,000 naskhah! Satu jualan pencapaian yang sangat hebat untuk novel bertemakan Islamik sebegini! Tidak cukup dengan itu, MPH juga mengiktiraf novel 'Semusim Di Barzakh' sebagai Novel Best Seller 2016! Tahniah!

BlogDuraNorell | DuraNorellsReview | Novel Semusim di Barzakh | Blogger Malaysia | KBBA9 Kelab Blogger Ben Ashaari | http://dnorell.blogspot.my | dura.norell@gmail.com
Ehemm, Dura pun dah miliki buku ni tau! Serius memang best novel ini!

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga Dura baca novel ni. Sejak novel ni keluar di suratkhabar, jenuh juga Dura cari di kedai buku kecil berhampiran rumah. Rupanya, novel ni banyak dijual di MPH Bookstore. Tapi, kalau Dura nak beli kat MPH, kene pi shopping complex pulak, jauh sikit lah. Jadi, Dura decide nak beli secara online sahaja dari MPH ONLINE. Tapi tu lah, rezeki Allah SWT dah tentukan. Belum sempat Dura nak order online, boleh pulak adik Dura si Maksu Min buat surprise hadiahkan novel ni kat Dura! Ya ampun! Sukanya Dura, berbunga-bunga hati macam dapat hadiah cekelat Ferrero Rocher pulak haha ;) Tq banyak2 Maksu! Heeee :D

Secara amnya, novel 'Semusim Di Barzakh' ini mengandungi sebanyak 299 mukasurat. Ada 21 buah subtajuk di dalamnya. Dura ambil masa 7 hari untuk habiskan baca novel ni. Sebabnya, Dura nak fahami, setiap pengisian di dalam novel ini. Lagi satu, sebab AbangYan selalu kacau hehe. So, time AbangYan ralit main atau bila dia tidur, barulah Dura dapat sambung baca novel ni. Memang ambik masa sikit ler hehe :)



Cerita tentang apa ya?
-------------------------------------

Novel ini, menggambarkan pengalaman dan perjalanan roh di alam barzakh. Kisah dan pengalaman yang digambarkan dalam novel ini,  sangat menyentuh emosi dan jiwa pembaca kerana ia menyedarkan kita sebagai umat Islam, betapa dunia ini hanya sementara dan dosa itu adalah sangat berat azab dan seksaannya. Bukan sekadar sebuah pesanan, tetapi sebagai peringatan bahawa pembalasan Allah SWT itu adalah pasti apabila tiba masa kita dipanggil untuk kembali kepadaNya. Walaupun ianya hanya setitis dosa bagi kita di dunia yang fana ini, tetapi bila tiba masa untuk perhitungan, yang setitis itu sudah cukup untuk memberikan kita azab dan seksaan yang tak terjangkal dek akal fikiran kita di dunia ini.




Popular posts from this blog

Ihklas

Usman Awang