SUKARELAWAN SUKAN SEA

Tanggal 8 April  2017 menandakan hari saya menerima latihan umum sebagai sukarelawan Sukan Sea -29 2017.Permhonan seperti biasa iaitu mengisi borang dan hantar kepada Pusat Sukarelawan di FSSK.Kemudian saya akan menerima email  tawaran dari pihak berwajib.Universiti Kebangsaan Malaysia seharusnya bebrbanga kerana UKM telah terpilih sebagai tempat pusat latihan bagi semua sukarelawan yang akan menjaga venue pertandingan di serata Malaysia kelak.Pelbagai ganjaran diberikan  seperti baju Sukan Sea,sijil peringkat kebangsaan dan sebagainya.Walaupun tidak menerima bayaran.peluang seperti ini yang cuma datang dalam tempoh 10 tahun akan datang tidak patut dilepaskan.Ilmu dan rangkaian kenalan dapat diperoleh kerana dapat bertemu dengan pelbagai bangsa dari  serantau negara ASEAN.Harap saya dapat ditempatkan di Stadium Bukit Jalil untuk memudahkan pergerakan kerana saya tiada pengangkutan.

Popular posts from this blog

Usman Awang

Ihklas