Posts

Showing posts from April, 2017

CHET DET

Tun Dr Mahathir bin Mohamad , dilahirkan pada 10 Julai 1925)   ialah  Perdana Menteri Malaysia  keempat dimana beliau memegang jawatan selama 22 tahun (1981-2003) menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat. Dibawah merupakan antara fakta yang menarik mengenai beliau.Tokoh yang sangat saya hormati.Kepimpinan dan pandangannya sangat mempengaruhi saya sebagai seorang pelajar.Dengan harapan disemat di hati untuk menjadi seperti beliau suatu hari nanti Fakta 1 : Hari lahir sebenar Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah pada 10 Julai (1925) dan lazimnya disambut oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat,bukan 20 Disember.Namun 20 Disember sudah dianggap sebagai hari lahir rasmi beliau yang lazimnya diraikan pada majlis-majlis rasmi.  Fakta 2 : Dr. Mahathir tidak suka orang memberi hadiah pada hari lahirnya kerana bimbang orang akan mengambil kesempatan dengan hadiah yang bukan-bukan kerana niat yang tertentu.  Fakta 3 : Kerana lahir pa...

SUKARELAWAN SUKAN SEA

Tanggal 8 April  2017 menandakan hari saya menerima latihan umum sebagai sukarelawan Sukan Sea -29 2017.Permhonan seperti biasa iaitu mengisi borang dan hantar kepada Pusat Sukarelawan di FSSK.Kemudian saya akan menerima email  tawaran dari pihak berwajib.Universiti Kebangsaan Malaysia seharusnya bebrbanga kerana UKM telah terpilih sebagai tempat pusat latihan bagi semua sukarelawan yang akan menjaga venue pertandingan di serata Malaysia kelak.Pelbagai ganjaran diberikan  seperti baju Sukan Sea,sijil peringkat kebangsaan dan sebagainya.Walaupun tidak menerima bayaran.peluang seperti ini yang cuma datang dalam tempoh 10 tahun akan datang tidak patut dilepaskan.Ilmu dan rangkaian kenalan dapat diperoleh kerana dapat bertemu dengan pelbagai bangsa dari  serantau negara ASEAN.Harap saya dapat ditempatkan di Stadium Bukit Jalil untuk memudahkan pergerakan kerana saya tiada pengangkutan.